Entry Saif hari ini mengenai seorang kanak-kanak yang semua orang sedia maklum mengenainya iaitu Yue Yue yang telah dilanggar sebanyak dua kali itu. Kejadian ini berlaku di Foshan, China berhampiran dengan pasar 13 Oktober lalu.
Memang sedih+terkejut+marah apabila kita mendengar mengenai cerita . Mana tidaknya 18orang yang lalu lalang di situ tidak mempedulikan Yue Yue yang telah dilanggar sehinggalah seorang wanita yang mana merupakan seorang pengutip barangan lusuh menghulurkan bantuan. Tengok Video ni!
Persoalan yang meniti dari bibir ke bibir di seluruh negara terhadap kemanusiaan di negara ini. Apa nak jadi?! Nak tahu? Undang-undang di negara ini, sesiapa yang membantu mereka yang ditimpa kemalangan atau kesusahan, mereka yang membantu itu dikira bertanggungjawab sepenuhnya terhadap mangsa tersebut. Perghh. Sangat dasyat!
Berdasarkan video CCTV tersebut. Seluruh dunia tertanya-tanya samada
Yue Yue masih hidup atau pun sudah meninggal. Akhbar China Daily melaporkan Yue Yue masih hidup dan memperlihatkan tanda-tanda semakin stabil. Manakala akhbar Heral Sun yang berpengkalan di Australia pula terus melaporkan Yue Yue sudah meninggal dunia. Juga akhbar The Telegraph di UK pula melaporkan Yue Yue di 'ambang kematian'. Bagaimanapun, hakikatnya pada ketika itu, Yue Yue masih hidup tetapi dalam keadaan kritikal. Hal ini demikian kerana, Yue Yue mengalami mati otak atau dengan kata lain otaknya tidak berfungsi dan berada dalam keadaan koma.
Tetapi, akhirnya awal pagi tadi Yue Yue talah meninggal dunia disebabkan kegagalan sistem badan berfungsi.
Foot note: Diharapkan negara kita tidak menjadi macam ini. Tolonglah mereka yang dalam kesusahan dan jangan pentingkan diri sendiri!
7 000 Orang Komen Entry Saif:
sedih dengan cerita Yue Yue nie..
betul2...sadis nye cerita yue yue ni..
perghhh,,,,nak tolong pon bersyarat ye,,,tak faham betul
@yen:bukan syarat. tp undang2 memang mcm tu.
kesiankan dengan budak... silapnya adalah pentadbiran negara mereka.. sepatutnya jangan hukum orang tak bersalah bila nak membantu.. sadis betul cerita ni..
yup..pentadbiran mereka yg tak betul..
kesian akt budak ni..
Post a Comment