Entry kali ini Saif_Li Pot Pet Blogspot nak berkongsi cerita mengenai perkara yang hangat diperkatakan kini iaitu HUDUD. Untuk pengetuhuan, Hudud juga disebut sebagai 'had'.
Apa itu Hudud?
Menurut syar'i, istilah hudud adalah hukuman-hukuman yang telah ditetapkan oleh syara' untuk mencegah dari terjerumusnya kepada yang sama dan menghapus dosa pelakunya.
Walau bagaimanapun, hukuman Hudud adalah merupakan hak Allah yang tidak dapat dimaafkan dan dihapuskan oleh manusia.
Tetapi, hukuman hudud boleh terbatal sekiranya terdapat keraguan dalam tuduhan kes tersebut. Hal ini, dari Ali r.a, dari Nabi Muhammad s.a.w beliau bersabda: "Batalkan hukuman hudud sebab ada keraguan".
Apakah jenis-jenis hukuman jenayah hudud?
Antara jenis-jenis hukuman jenayah hudud ialah:
1. Murtad
2. Mencuri
3. Merompak
4. Berzina (yang sudah berkahwin dan belum berkahwin)
5. Qazaf (melemparkan tuduhan berzina kepada orang yang baik lagi suci dan menafikan
keturunannya)
6. Minum arak
7. Membunuh
Walau bagaimanapun, hukuman terhadap kesalahan ini hanya akan dilaksanakan sekiranya terbukti syarat-syarat tersebut iaitu:
1. Pelaku ialah seorang mukallaf iaitu baligh dan berakal
2. Pelaku tidak terpaksa atau dipaksa melakukan kesalahan tersebut
3. Pelaku mengetahui pelarangannya
4. Terbukti kesalahannya. Hal ini, terbuti kesalahannya dengan pengakuan sendiri atau
persaksian orang lain.
Adakah cara pelaksanaan hudud bagi lelaki dan perempuan sama?
Tidak jawapannya. Iaitu:
1. Wanita dihukum dengan duduk sedangkan lelaki dengan berdiri
2. PAKAIAN wanita diikat sedangkan lelaki tidak
Bagi saya, hukum Hudud iaitu hukum Islam boleh dan patut dilaksana sebenarnya. Hal ini demikian kerana, hudud bukan penyeksaan tetapi keadilan. Pelaksanaan hudud mungkin dapat mengurangkan lagi jenayah yang semakin runcing di negara kita kini. Ada sesetengah pihak mengatakan negara kita ini tidak sesuai dilaksanakan hukuman hudud ini. Tetapi mengapa? Belum cuba belum tau kan. Kita sebagai umat Islam juga haruslah menjauhi daripada melakukan perkara-perkara tersebut supaya negara kita dapat mencapai kesejahteraan dan keamanan.
Renung-renungkan dan selamat beramal. hehe.
2 000 Orang Komen Entry Saif:
like this entry.. bg ummi, org yg tak menyokong hukum hudud ni sbb mereka takut mrka akan lakukan kesalahan dan dihukum kelak..
@ummie: betul tu.. kalau kita tak buat salah,,apa nak ditakutkan kan..
Post a Comment