Assalamualaikum semua. Lama rasanya Saif tak update blog. Hari ini Saif nak buat entry mengenai video ini. Korang tengok dulu ok?
Apa yang terlintas dalam fikiran korang bila tengok video ini? Dah tengok ke belum? Haha. Siapa yang belum tengok lagi, tengok lah sekarang yer.
Baiklah, video ini ceritakan seorang lelaki tua yang meminta sedekah di jalanan. Di tepinya ada kotak yang tertulis ‘Saya Buta, Tolonglah Bantu’. Masa tu tak ramai yang derma dekat dia. Kemudian ada seorang wanita yang lalu di situ dan dia melihat ayat yang ditulis disitu lantas dia menukar ayat tersebut.
Tidak lama kemudian ramai yang mendermakan duit kepada si pengemis itu. Dengan cara menukar sebuah ayat sahaja iaitu daripada ‘Saya Buta, Tolonglah Bantu’ kepada ‘Hari ini sangat cantik tetapi saya tidak dapat melihat’ yang ditukar wanita tersebut yang kemudian tengoklah hasilnya! Ramai yang telah menderma kepada pengemis itu.
Sebenarnya bukan mudah untuk kita menarik perhatian orang. Tetapi kita perlu kreatif untuk mendapatkannya. Kalau boleh kita buatlah sesuatu yang dekat atau sesuatu yang dapat menyentuh hati. Contohnya macam video atas ni lah. Hanya kekuatan sebuah ayat aje.
Nak tahu sebab apa? Sebab daripada mata turun ke hati dan kemudian akan pergi ke otak. Apabila mata membaca, hati akan melahirkan rasa simpati dan mungkin orang itu nak membantu. Betul tak? Memanglah rambut sama hitam hati lain-lain. Tapi semua orang ada hati dan perasan kan? Tak kan lah tiada secebis pun rasa simpati dan nilai murni dalam diri untuk membantu.
Macam itulah juga kita dalam kehidupan seharian. Sebagai contoh kalau kita pergi interview ke. Kita kenalah bijak dan kreatif masa bercakap. Barulah kita akan nampak lain daripada yang lain. Itu sajalah entry Saif kali ni. Bye3.
Change your words
Change your world
p/s: Tapi kalau nak mengurat pun boleh juga buat cara macam ni kan? Ayat-ayat manis..Hehe.
0 000 Orang Komen Entry Saif:
Post a Comment