
My first day dekat sekolah nie masa aku nak daftar, kenalah jumpa guru kelas dekat meeting room. Ada seorang cikgu nie, aku macam2 kenal je. Tapi.. aku buat2 tak kenal aje. Haha. Rupa2nya Kak Dayah, sedara aku tapi sekarang nie dier jadi 'guru kelas' aku. Guru Kelas 5 Kejuruteraan Mechanical 3'. Kenalah panggil cikgu. Heh. Then, masa ak on the way ke kelas aku yang entah macam mana rupanya tu, ada la seorang senior nie tunjukkan. Hati aku kata. Wah, baik jugak senior2 dekat sini siap tolong angkat beg ak tu..!(Yela, masa nie aku dipenuhi dengan set LK dan segala macam lah) Seorang demi seorang penghuni kelas tu masuk yang jugak bakal jadi classmates ak. Semua muka2 baik. Yela, baru masuk la katakan.
The Year of 2010...
Tahun yang paling penting dalam hidup kami. 4 Januari 2010 tarikh yang menemukan kami setelah sebulan meninggalkan bangku sekolah yg bergelar murid tingkatan 4. Kini, setiap kami mempunyai keazaman yang nyata dalam mengejar dan memburu impian dengan status tahun terakhir bergelar 'murid sekolah'.
Di ruang kecil inilah kami bersama2 berjuang dan belajar untuk menempuhi peperangan SPM pada 23November2010. .Di ruang kecil ini jugalah yang menjadi saksi ragam, tawa dan tangis kami dalam meneruskan tali persahabatan. Haih..emo la plak..hhe.. Sekarang kami dah naik ke pangkat ke pangkat 5KM3 tetapi tinggal 24orang saja c0z 2rakan kami, amin dan najib membawa haluan masing2 dengan transferkan diri diaorang ke sekolah lain(Hha ayat xb0leh bla). Cewahh.. Semangat je hias2 kelas. Ada la jugak banyak kali menang. Bangga kejap* Now, Cikgu Ramalah a.k.a 'Mama' yang jadi guru kelas kami dan tidak lagi Cikgu Hidayah sebab cikgu tu dah pindah ke Sabah. Ohh sedihnya kami. Hhu.. Kadang2 kami terfikir jugak, apasal la yang kitaorang nie asyik tukar cikgu je..Tapi itu la dinamakan takdir..Kitaorang p0n nak buat macam mana. Terima aje la. Asalkan ada cikgu yang ajar kelas kitaorang.Tahun nie jugak merupakan tahun yang bersemangat bagi kami untuk fokus dan study berbanding tahun lepas. Yela, SPM kan tahun nie. Bertepatan jugaklah dengan pepatah ke apa ek lupa dah...' Hari ini lebih baik dari semalam dan hari esok lebih baik dari hari ini'.

Sedetik demi sedetik, sesaat demi sesaat, seminit demi seminit, sejam demi sejam dan segala 'se' demi 'se' la tiba jugak masa yang ditunggu2. SPM is coming!! Sebelum nie cuma countdown aje. Tapi tetiba je bila exam makin dekat yang countdown2 tu rasa macam nak tambah aje nombornya. arrgghh...rasa2nya banyak je lagi yang kene study. BM, BI, MATH, ADD MATH, PHISICS, CHEMISTRY, MECHANICAL ENGINEERING, ENGINEERING DRAWING, HISTORY, AGAMA ISLAM...!!! Hope we pass with flying colours...
Segala pertemuan pasti ada perpisahan..Tapi kadang2 aku terfikir jugak, kenapa mesti ada perpisahan setiap pertemuan???? Persoalan inilah yang paling aku memerlukan jawapannya.. Daripada sebuah bilik darjah yang kosong dan kemudiannya berpenghuni dan kini kembali kosong dengan membawa sebuah sejarah dalam yang telah terukir dalam diari KAMI dan kini kami meninggalkan bilik darjah yang bergelar murid buat selama-lamanya...

WE ARE 5KM3 2009/2010
Saiful Izwar(saya), Fitri Adam, Syakir, Mustaqim, Hanis, Sikry, Fazrul Rizal, Kamil, Firdaus, Aiman, Shahreza, Nuraizuddin, Amri, Anas Syafiq, Syaiful Amri, Amirnor Shafeez, Fitri Hakim, Ammar, Haziq Syahmi, Muzani, Misliana, Nurul Aisyah, Fatin Nur Ainina, Waziratul Khairiah, Amin, Najib.






0 000 Orang Komen Entry Saif:
Post a Comment